Blog Banner

Baju Tradisional Untuk Digayakan Pada Hari Raya

SM Anis
18/04/2023

Tak lama lagi Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, dan ada tahu tak apa maksudnya? Dah tiba masanya untuk mencari baju tradisional yang serba baharu! Lagi pula, anda mesti nak kelihatan sempurna sempena perayaan ini.

Tak tahu nak pilih baju raya yang sesuai? Kembalilah kepada tradisional. Berikut adalah baju raya yang masih menjadi pilihan ramai walaupun sudah berusia ratusan tahun.

#1 Baju Kurung Teluk Belanga

Di era yang ada pelbagai jenis rekaan pakaian kini, baju kurung ini juga dikenali sebagai baju kurung biasa.

Bukan sebab biasa-biasa, tetapi kerana baju kurung Teluk Belanga adalah baju kurung yang paling asas dan mudah didapati di mana sahaja.

Baju kurung Teluk Belanga dijahit dengan berpesak dan berkekek dan labuhnya sehingga ke paras lutut.

Berleher bulat dan mempunyai sedikit belahan di bahagian hadapan dengan dihiasi dengan jahitan tulang belut atau mata lalat dan sebutir butang yang menawan. Dipadankan pula dengan kain susun tepi.

Dahulu, baju kurung Teluk Belanga turut digayakan dengan selendang labuh jenis kain net atau chiffon yang dipakai di atas bahu sekaligus menambahkan seri dan keayuan si pemakai.

#2 Baju Kurung Pahang

Selain baju kurung Teluk Belanga, baju kurung Pahang juga selalu menjadi pilihan wanita yang inginkan gaya ringkas di pagi hari raya.

Rekaan baju kurung Pahang ini dikatakan hasil gabungan kebaya labuh dan baju kurung Teluk Belanga kerana mempunyai pesak kembang dijahit cantum bersama kekek gantung.

Lehernya pula berbentuk teluk belanga atau cekak musang digayakan dengan kain selisih hadapan atau kain susun tepi.

#3 Baju Kurung Kedah

Dipercayai berasal dari Selatan Thailand kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek sehingga ke paras punggung di sana.

Rekaan baju kurung Kedah adalah longgar dan dipadankan bersama kain sarung lipat hadapan.

Biasanya baju kurung Kedah diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil serta potongan leher Teluk Belanga.

Dahulu baju kurung Kedah biasa dipakai sebagai pakaian harian atau basahan. Kalau anda perasan, nenek dan mak kita dahulu sangat suka gayakan baju kurung Kedah di rumah.

#4 Baju Kebaya

Baju kebaya seksi, tak sesuai dipakai! Siapa kata? Baju Kebaya ada pelbagai jenis. Untuk menjaga aurat seorang perempuan, anda boleh pilih baju kebaya dengan potongan longgar.

Baju kebaya adalah pakaian tradisional di Jawa Indonesia dan tersebar luas ke Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pada awalnya, kebaya diperbuat daripada kain kasa dan dipasangkan dengan kain sarung, batik atau kain songket dengan pelbagai corak dan warna.

Kebaya kini lebih moden dan boleh digayakan dengan seluar.

#5 Baju Melayu Cekak Musang

Baju ini dijahit daripada fabrik kapas atau satin dan didatangkan pakej bersama seluar panjang.

Lengkap dengan 3 poket di bahagian baju, pakaian ini perlu dipadankan dengan samping songket bersama songkok.

Terserlah ketampanan orang yang memakainya. Baju Melayu Cekak Musang biasa digayakan di dalam majlis formal dan sambutan hari raya.

#6 Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga telah diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Almarhum menetapkan supaya orang lelaki memakai baju labuh sehingga ke bawah punggung dengan potongan leher seperti baju kurung dan disulam mata lalat, tulang belut atau insang pari.

Jika Baju Melayu Cekak Musang mempunyai 3 poket, Baju Melayu Teluk Belanga pula pada awalnya hanya mempunyai 2 poket.

Namun kemudian baju ini ditambah 1 lagi poket. Baju Melayu Teluk Belanga juga dipadankan dengan samping dan songkok.

Yang mana satu selalu menjadi pilihan anda untuk menyambut Aidilfitri?

Apa yang lebih penting, baju-baju tradisional ini adalah pakaian yang tepat untuk anda gayakan ke pejabat jika tak tahu nak pakai baju apa.

Malah, baju tradisional juga sangat sesuian untuk digayakan di majlis formal serta majlis ilmu lainnya. Lama bukan sebarang lama, lama pilihan orang dulu kini dan selamanya.

Anda semua boleh memilih gayakan baju-baju tradisional untuk sertai program RichWorks yang akan datang.

Tentang Shoppymore

Shoppymore.png?1638520347974

SHOPPYMORE ditubuhkan pada 2020, Shoppymore Global ialah platform pasaran baru muncul nombor satu di dunia. Dengan kehadiran di Malaysia dan tidak lama lagi di dunia – Shoppymore menghubungkan dan memperkayakan gaya hidup kita dengan nilai dan etika yang baik.

Shoppymore ialah pengendali portal beli-belah dalam talian yang bertujuan untuk mempromosikan pembelian dan penjualan barangan dalam talian dan merupakan pasaran e-dagang yang paling pesat berkembang di rantau ini. Leverage teknologi yang tertanam dalam gerbang masuk platform perniagaan untuk industri beli-belah runcit untuk memperoleh berbilion-bilion di peringkat global.

Portal beli-belah dalam talian syarikat menawarkan pelbagai produk merentasi pelbagai kategori. Ia adalah platform yang disesuaikan untuk menyediakan pelanggan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, selamat dan pantas melalui pembayaran yang kukuh dan sokongan logistik.

Watch Scan & Pay

Shoppymore.png?1638520347974

WATCH SCAN & PAY ialah Platform Beli-belah Langsung dan Rangkaian Beli-belah Pintar sehenti yang menawarkan pengguna kami cara baharu dan menarik untuk membeli dalam keselesaan rumah mereka sendiri.

24 jam di mana-mana, bila-bila masa melalui pelbagai platform; televisyen, perdagangan elektronik dan perdagangan mudah alih.

Dengan bekerjasama dengan Watch Scan & Pay, rakan kongsi akan mempunyai akses kepada perkhidmatan kami, yang akan menyediakan penyelesaian hujung ke hujung penuh untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.

Follow Shoppymore

HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial

Retrieved from,

Internet links, dated 18/04/2023, Puchong Selangor for reading, info sharing, and educational purposes only.