Blog Banner

5 Perkara Yang Perlu Tahu Tentang Akaun Perniagaan

SM Anis
30/01/2023

1. Buka akaun bank syarikat

Tak kira berapa besar perniagaan anda, anda perlu ada akaun perniagaan. Jangan masukkan duit perniagaan anda ke dalam akaun peribadi. Buka akaun khas untuk semua perbelanjaan syarikat dan semua duit yang diterima.

Akaun bank syarikat akan memudahkan anda untuk pantau duit sekaligus mudah untuk berurusan dengan pelbagai pihak lain seperti pihak kerajaan, cukai dan bank di masa akan datang.

2. Elak curi duit syarikat

Perniaga lebih suka ambil duit untung syarikat kerana mereka fikir itu adalah perniagaan mereka. Salah tu!

Peniaga tak boleh ambil duit perniagaan. Duit perniagaan adalah untuk anda gunakan sebagai pusingan modal, bayar kos-kos dan pelaburan. Jika anda sebagai peniaga nak duit syarikat, anda tak boleh ambil ikut suka hati, anda perlu ambil gaji.

Ramai peniaga tak smbil gaji untuk diri sendiri dan sebab itu asyik ambil duit perniagaan sendiri. Ada siapa yang buat macam tu? Mulai dari sekarang, sila ambil gaji dan jadikan ianya sebagai kos perniagaan anda.

3. Mempunyai sistem perakaunan

Ada peniaga yang dah berniaga bertahun-tahun tapi masih tak ada sistem perakaunan yang betul. Semua duit keluar masuk hanya dicatat secara manual. Resit pembelian atau pembayaran juga tak disimpan dengan rapi. Ini akan mengundang masalah bila anda nak membuat pembayaran cukai nanti.

Solusinya, lebih bagus jika anda ada seorang yang bagus menguruskan akaun perniagaan anda. Kerani akaun pun okay da. Yang penting seseorang itu ada pengalaman dalam menguruskan akaun dan pernah buat “full set account” sebelum ini. Anda juga boleh sahaja melantik akauntan bertauliah sebagai penasihat dan konsultan akaun anda.

4. Tak tahu kos perniagaan dan untung

Ramai peniaga tak tahu tentang kos perbelanjaan perniagaan mereka. Mereka tak tahu dengan jelas kos untuk setiap produk. Dari pembuatan sehingga produk tersebut sampai ke tangan pelanggan, semuanya melibatkan kos. Peniaga juga perlu ambil tahu tentang kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan, dan untung rugi syarikat. Jika anda tahu dan faham tentang kos dan untung rugi perniagaan, anda mungkin akan nampak hala tuju perniagaan anda ni.

5. Tak menyimpan dokumen dengan betul

Dalam perniagaan, ada beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan urusan jual beli yang perlu anda simpan dengan baik. Antaranya adalah resit penerimaan bayaran dari pelanggan, voucher bayaran, invoice, resit pembelian, perjanjian sewa beli, perjanjian untuk jualan secara consignment dan macam-macam lagi. Ramai peniaga yang ambil mudah urusan ni. Bagi mereka, ianya tak penting. Yang penting boleh buat jualan dan untung. Dengan rekod jual beli dan dokumen yang lengkap akan membantu anda merangka sasaran jualan di masa akan datang dan membuat belanjawan untuk masa depan.

Tentang Shoppymore

Shoppymore.png?1638520347974

SHOPPYMORE ditubuhkan pada 2020, Shoppymore Global ialah platform pasaran baru muncul nombor satu di dunia. Dengan kehadiran di Malaysia dan tidak lama lagi di dunia – Shoppymore menghubungkan dan memperkayakan gaya hidup kita dengan nilai dan etika yang baik.

Shoppymore ialah pengendali portal beli-belah dalam talian yang bertujuan untuk mempromosikan pembelian dan penjualan barangan dalam talian dan merupakan pasaran e-dagang yang paling pesat berkembang di rantau ini. Leverage teknologi yang tertanam dalam gerbang masuk platform perniagaan untuk industri beli-belah runcit untuk memperoleh berbilion-bilion di peringkat global.

Portal beli-belah dalam talian syarikat menawarkan pelbagai produk merentasi pelbagai kategori. Ia adalah platform yang disesuaikan untuk menyediakan pelanggan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, selamat dan pantas melalui pembayaran yang kukuh dan sokongan logistik.

Watch Scan & Pay

Shoppymore.png?1638520347974

WATCH SCAN & PAY ialah Platform Beli-belah Langsung dan Rangkaian Beli-belah Pintar sehenti yang menawarkan pengguna kami cara baharu dan menarik untuk membeli dalam keselesaan rumah mereka sendiri.

24 jam di mana-mana, bila-bila masa melalui pelbagai platform; televisyen, perdagangan elektronik dan perdagangan mudah alih.

Dengan bekerjasama dengan Watch Scan & Pay, rakan kongsi akan mempunyai akses kepada perkhidmatan kami, yang akan menyediakan penyelesaian hujung ke hujung penuh untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.

Follow Shoppymore

HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial

Retrieved from,

Internet links, dated 8/12/2022, Puchong Selangor for reading, info sharing, and educational purposes only.