Blog Banner

3 pengajaran daripada sukan bola sepak

SM Anis
16/12/2022

3 pengajaran daripada sukan bola sepak

Bola sepak adalah sukan paling popular di dunia. Sukan di mana 22 individu bersaing untuk merbut bola dan dimasukkan ke dalam jaring gol.

Piala Dunia adalah satu lagi acara yang sering dinantikan ramai orang. Realitinya, Qatar membelanjakan RM925 bilion untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, iaitu 20 kali ganda daripada bayaran Rusia untuk menjadi tuan rumah edisi 2018.

Apakah yang boleh kita pelajari daripada bola sepak, dan apakah kaitannya dengan usahawan?

1. Berusaha Keras Untuk Kemenangan

Satu perlawanan bola sepak berlangsung selama 90 minit dan boleh dilanjutkan kepada 120 minit jika beralku masa tambahan.

Jika tiada siapa yang menang, permainan akan ditentukan melalui sepakan penalti. Itulah sahaja masa yang perlu dimanfaatkan oleh pemain untuk bermain bersungguh-sungguh demi mencapai kemenangan. Kelalaian beberapa saat akan menyebabkan pasukan kita tewas.

Perkara yang sama berlaku untuk pemilik perniagaan. Kita mesti berusaha lebih untuk memenuhi tarikh akhir atau target. Bukan dah tetapkan target dan menghadiri kelas tetapi tidak melakukan sebarang tindakan. Aktiviti pantas membuahkan hasil yang cepat. Fast action, fast result!

2. Kerjasama Berpasukan

Johan Cruyff, bekas pemain lagenda Belanda yang terkenal berkata " Jika anda memilih pemain terbaik untuk setiap posisi, anda akan dapat 11 pemain kuat. Bukan satu pasukan yang kuat".

Dalam kehidupan, kita tidak akan mampu untuk hidup bersendirian. Perkara yang sama penting untuk pemilik perniagaan. Apabila syarikat berkembang, ia memerlukan pembentukan pasukan. Jangan buat semuanya sendiri.

Kita mesti bekerjasama dan membantu antara satu sama lain, tidak kira sama ada kita berada dalam organisasi, perniagaan atau komuniti.

Menjadi ego dan tidak dapat menerima kritikan tidak akan membawa anda ke mana-mana apabila anda sudah menjadi sebahagian daripada pasukan.

3. Tidak Mudah Putus Asa

Tokoh Revolusi Cuba, Che Guevara juga pernah memberi pendapatnya tentang bola sepak.

“Bola sepak bukan hanya satu permainan mudah, bola sepak adalah senjata revolusi”. Revolusi yang mungkin kita boleh terapkan ialah perubahan ke arah lebih baik dalam kehidupan.

Perubahan yang memerlukan sikap positif dan tidak mudah putus asa sekiranya gagal.

Ramai pemain bola sepak terkenal pada masa kini berasal dari keluarga yang miskin dan serba kekurangan.

Pada hakikatnya, sebahagian daripada mereka adalah keluarga pelarian yang melarikan diri dari zon konflik. Mereka pula tidak berputus asa dan berusaha untuk memperbaiki nasib diri dan keluarga.

Jangan sesekali berputus asa jika usahawan menghadapi masalah dan kegagalan. Jika anda terhempas, naik semula dan terbang lebih tinggi.

Tentang Shoppymore

Shoppymore.png?1638520347974

SHOPPYMORE ditubuhkan pada 2020, Shoppymore Global ialah platform pasaran baru muncul nombor satu di dunia. Dengan kehadiran di Malaysia dan tidak lama lagi di dunia – Shoppymore menghubungkan dan memperkayakan gaya hidup kita dengan nilai dan etika yang baik.

Shoppymore ialah pengendali portal beli-belah dalam talian yang bertujuan untuk mempromosikan pembelian dan penjualan barangan dalam talian dan merupakan pasaran e-dagang yang paling pesat berkembang di rantau ini. Leverage teknologi yang tertanam dalam gerbang masuk platform perniagaan untuk industri beli-belah runcit untuk memperoleh berbilion-bilion di peringkat global.

Portal beli-belah dalam talian syarikat menawarkan pelbagai produk merentasi pelbagai kategori. Ia adalah platform yang disesuaikan untuk menyediakan pelanggan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, selamat dan pantas melalui pembayaran yang kukuh dan sokongan logistik.

Follow Shoppymore

HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial

Retrieved from,

Internet links, dated 8/12/2022, Puchong Selangor for reading, info sharing, and educational purposes only.