Description
Mengenang kembali perjalanan kehidupan kita sejak kecil, kita telah melalui beberapa proses dalam kehidupan. Sewaktu kita kecil, kita banyak mencuba untuk melakukan perkara-perkara baru. Antara sebab kita lakukannya ialah kerana orang dewasa melakukannya. Melakukan perkara yang orang dewasa lakukan adalah penanda aras untuk kita ketika itu. Penanda aras untuk sebuah kejayaan, untuk meningkatkan diri kepada suatu tahap yang baru.
Ketika itu kita terus lakukan pencapaian demi pencapaian dan ianya bagaikan suatu kemestian. Sebagai contoh, kita mesti pandai menaiki basikal, kita mesti pandai memanjat pokok paling tinggi, kita mesti pandai berenang dan macam-macam lagi. Pada setiap kali kita mampu melakukannya untuk pertama kali, kita pasti rasa gembira. Anehnya, ketika itu kita tidak takut. Kita setakat ikut-ikut kawan. Pada pandangan kita ketika itu, jika kawan-kawan kita boleh melakukannya dengan senang dan bersahaja, kenapa tidak kita?
Features
Reviews
No reviews found