Description
Hidup di dunia ini hanyalah sementara, syurga adalah tempat rehat kita. Begitulah seharusnya prinsip hidup seorang Mukmin. Namun, mencintai syurga bukan bermakna meminggirkan dunia. Bahkan orang yang mencintai akhirat sangat sibuk memanfaatkan kehidupan dunia. Mengapa? Ini kerana dunia adalah 'model' untuk digunakan dalam perniagaan yang keuntungannya diraih di akhirat.
Malah Imam asy-Syafi'i pernah menegaskan, "Dunia adalah tanam-tanaman untuk akhirat". Apa yang perlu ditanam? Apa yang dijaga? Jika itulah pertanyaan hati anda, buku 40 Amalan Dijamin Syurga ini ada jawapannya. Buku ini sangat relevan dan praktikal. Ia memberi kita satu 'manual' yang jelas untuk diamalkan dalam kehidupan. Bukan sekadar teori, bahkan ia menampilkan siri amali yang begitu sistematik dan mudah untuk difahami dan dihayati oleh pembaca. Ya, kita masuk syurga bukan kerana amalan, tetapi kerana rahmat Allah. Namun amaln itulah yang menggamit datangnya rahmat Allah dan menentukan darjat kita di syurga kelak dengan izin-Nya.
Selamat membaca dan selamat beramal dengan niat kerana Allah. Semoga, karya ini membawa kita semua bersama di dalam syurga.
- Author: Yahya Bin Musa Az-Zahrani
- Format: Paperback | 122 pages
- Dimensions: 12.3 x 0.8 x 18.3 cm | 100g
- Language: Bahasa Malaysia
- ISBN: 978-967-13849-16
Features
Reviews
No reviews found