Description
Dia adalah salah satu sosok pemikir besar Islam kontemporari pada zaman moden ini yang memiliki pengaruh yang luas terhadap perkembangan gerakan Islam dunia. Dia adalah Sayyid Qutb, salah seorang ideologi terkemuka Ikhwan Muslimin selepas Hasan al-Banna dan setanding dengan Abu al-'Ala al-Maududu (1903 - 1979) tokoh gerakan Jamat Islami di Pakistan.
Menarik tentang pejuang Islam ini, Sayyid Qutb juga adalah seorang sasterawan Arab Yang menghasilkan karya-karya sastera dan kritikan sastera. Tidak hairan karya-karya yang dihasilkannya hatta dalam tema Islam, tauhid, perjuangan dan tafsir Al-Quran kaya dengan nilai kesusasteraan Arab yang tinggi. Beliau meninggalkan khazanah ilmu yang amat bernilai. Sebanyak 24 buah buku dalam pelbagai genre selain tulisan berharga dalam akhbar dan majalah. Antara karyanya yang paling diingati ialah Asywaq (Duri-duri), Tifl min al-Qaryah (Seorang Abah Desa), tafsir 30 juzuk Fi Zhilal al-Quran Dan Ma'alim fi Thariq (Petunjuk Jalan).
Tokoh luar biasa ini membuktikan bahawa mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang apabila dihukum bunuh oleh rejim Jamal Abdul Nasser kerana bimbangkan pengaruh dan serangan beliau terhadap kerajaan korup Mesir ketika itu.
Membaca buku ini, pembaca pasti merasakan semangat jihad asy. Syahid Sayyid Qutb bagaikan meresap masuk ke dalam setiap urat dan sendi hingga membakar jiwa pembaca untuk mengikuti jejak langkah pejuang kebenaran kebenaran ini.
- Author: Abdul Latip Talib
- Format: Paperback | 476 pages
- Language: Bahasa Malaysia
- ISBN: - 978-967-15243-3-6
Features
Reviews
No reviews found