Description
Hinanya beliau kerana dilahirkan dalam keluarga hamba dan berkulit hitam, sehingga dirinya seakan tidak bernilai. Abangnya dijual tanpa rela. Ibu bapanya eninggal dunia dalam kesedihan. Membesarlah beliau menjadi orang yang kuat luar dan dalam. Bukan jalan yang mudah apabila beliau memilih Islam sebagai agama. Dijemur di padang pasir yang membara, ditindih dadanya dengan batu yang berat, namun imannya semakin pijar, dan jiwanya semakin keras. Penyiksaan itu berakhir apabila Sayidina Abu Bakar as-Siddiq membeli dan memerdekakakn beliau. Dari seorang hambar hina, beliau diangkat oleh Nabi Muhammad SAW sebagai juruazan pertama. Beliau menjadi sahabat Rasulullah SAW, menjadi orang yang dihormati dan tergolong dalam kalangan penghuni syurga. Ini kisah tentang Bilal bin Rabah, lelaki yang tubuhnya diseksa dengan seberat-berat seksaan, namun bibirnya tetap melantunkan, "Allahu ahad! Allahu ahad! Allahu ahad!"
- Author: Abdul Latip Talib
- Format: Paperback | 312 pages
- Language: Bahasa Malaysia
- ISBN: 978-967-15243-1-2
Features
Reviews
No reviews found