Description
Buku ini mengisahkan tentang Khulafa Ar-Rasyidin. Mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga. Abu Bakar As-Siddiq, lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi. DIangkat menjadi khalifah selepas wafat Rasulullah SAW. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu. Umar Al-Khattab, lelaki yang awalnya keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pelindung agama Islam. Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam. Uthman Bin Affan, lelaki yang emngahwini dua puteri Rasulullah SAW. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul Al-Quran. Ali Bin Abi Talib, lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan Nabi SAW. Menjadi kanak-kanak pertama memeluk Islam. DIhormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh-musuh Islam. Mereka mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar. Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar.
- Author: Abdul Latip Talib
- Format: Paperback | 800 pages
- Language: Bahasa Malaysia
- ISBN: 978-967-2234-71-5
Features
Reviews
No reviews found