Description
Tun Sri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhammad, lahir pada 1565 di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor. Namanya terkenal sebagai pengarang Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu. Karya beliau itu tidak terlepas dari perbagai polemik. Ada yang mengatakan Sulatus Salatin itu bukan karya asal Tun Sri Lanang. Ada juga yang berpendapat Tun Sri Lanang seorang pengkianat, penulis upahan Portugis, penulis yang dipengaruhi Sultan Aceh dan sebagainya. Buku ini menceritakan sejarah hidup Tun Sri Lanang sejak dilahirkan hingga meninggal dunia. Turut dikisahkan bagaimana beliau melahirkan Sulatus Salatin yang masih terus diperkatakan serta menjadi rujukan hingga sekarang. Kisah Suka dan duka beliau semasa jadi Bendahara Sultan Johor. Kemudian menjadi tawanan Acheh. Menjadi penasihat Sultan Acheh dan seterusnya diberi tanggung jawab sebagai pemerintah di Sumalanga.
- Author: Abdul Latip Talib
- Format: Paperback | 216 pages
- Language: Bahasa Malaysia
- ISBN: 978-967-2234-48-7
Features
Reviews
No reviews found