Description
Hanya kerana dilahirkan sebagai perempuan, Sumayyah dijual oleh ayah sendiri. Pada zaman Arab Jahiliah, kedudukan wanita sangatlah rendah, sehingga anak-anak perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup. Betapa mereka malu apabila keturunan yang lahir itu perempuan. Beruntungnya beliau apabila yang membelinya itu seorang hartawan dan pembesar Arab Quraisy yang baik. Beliau dilayan baik walaupun bertaraf seorang hamba. Beliau melihat sendiri Arab Quraisy yang tersasar jauh dari ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Betapa hinanya hamba sehingga kehidupan mereka hanyalah untuk tuan mereka. Mereka langsung tiada nilai. Malah Kaabah yang diagungkan sebagai rumah Allah SWT, diletakkan pelbagai jenis berhala sebagai Tuhan. Siapakah yang patut disembali? Kehidupannya akhirnya menemui sinar apabila Nahi Muhammad SAW diangkat menjadi rasul. Disitulah segala persoalan terjawab. Hanya ada Allah SWT. Tanpa ragu. beliau bersama anak dan suami mengangkat syahadah. Perjuangan beliau mengatasi segalanya. Tanpa perikemanusiaan, keluarganya dihina dan diseksa. Namun, berpaling bukan caranya. Jangan mengaku beriman. sekiranya tidak diuji. Perjuangan mereka dijanjikan syurga. Mereka akhirnya gugur syahid melawan kejahilan Arab Quraisy. Pengorbanan yang tiada galang ganti, tanda ketaatan terhadap Allah SWT. Sumayyah, satu nama yang terukir mekar abadi menebarkan keharuman di syurga Allah SWT, yang gugur meraih keredaan Ilahi. Beliaulah, syuhada pertama dan permata syurga. Namanya sentiasa tersemat dalam lembaran sejarah Islam.
- Author: Abdul Latip Talib
- Format: Paperback | 154 pages
- Language: Bahasa Malaysia
- ISBN: 978-967-2234-40-1
Features
Reviews
No reviews found