Description
Empayar Mongol lahir daripada usaha menyatukan kaum-kaum nomad menjadi sebuah persekutuan gabungan beberapa suku dan klan nomad padang rumput Mongolia di bawah kekuasaan Genghis Khan. Sebut tentang bangsa Mongol, pasti banyak pandangan menggambarkan mereka sebagai kuno, tidak bertamadun, barbarik dan kejam. Namun kita gagal memahami satu hakikat ini; dalam sejarah dunia, tidak ada satu pun kuasa-kuasa besar atau empayar agung yang pernah muncul dalam sejarah tanpa menumpahkan darah bangsa lain. “Aku adalah azab daripada tuhan. Sekiranya kamu tidak melakukan dosa besar, tuhan tidak akan menjatuhkan hukuman seperti aku ke atas kamu.” – Genghis Khan Bangsa Mongol adalah kaum nomad yang membina kuasanya dengan cara penaklukan yang kejam dan menakutkan, tetapi dalam hal ehwal pemerintahan, mereka boleh dikatakan sangat profesional, berfikiran terbuka dan sangat inovatif. Mongol menjadi jurutera penting yang memanfaatkan setiap teknologi yang pernah dicipta oleh manusia. Bagi menjelaskan perihal faktor penaklukan dan bagaimana berdirinya peradaban yang berasal dari padang rumput yang luas, banyak perkara yang perlu difahami terlebih dahulu. Ia merangkumi pelbagai faktor sama ada dalam konteks rasional dari segi ekonomi hinggalah dalam bentuk kepercayaan rohaniah seperti mandat daripada tuhan. Oleh itu, Kitab Tamadun Mongol akan membawa pembaca menelusuri kembali sejarah bangsa pemanah berkuda ini bermula daripada kejatuhan para pendahulu mereka, kelahiran dan kebangkitan konfederasi Mongol yang bersatu, perpecahan dan perang saudara yang melahirkan beberapa negeri-negeri Kekhanan kecil hinggalah berakhirnya era Khagan-khagan Mongol yang ditelan arus zaman.
- Author: Amir Asyraf Alwi
- Format: Paperback | 492 pages
- Language: Bahasa Malaysia
- ISBN: 978-967-2437-24-6
Features
Reviews
No reviews found